Sep 23, 2010

5 SEBAB kenapa anda harus memilih politeknik mukah sebagai institusi pengajian anda

Sebuah institusi pengajian tinggi haruslah mempunyai persekitaran yang menarik dan mempunyai fasiliti yang cukup lengkap. Politeknik Mukah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pusat rekreasi yang menarik. Anda tentu akan terhibur apabila berada di POLIMU.

TIDAK CUKUP DENGAN ITU??

politeknik mukah juga menawarkan;

1. CS open anjuran pelajar sendiri di setiap blok asrama untuk pelajar hilangkan rasa bosan.
2. DOtA lai juga ada.
3. Pub juga ada di bilik-bilik tertentu yang mempunyai speaker yang cukup kuat.
4. Wayang terbuka. jika anda pergi dari satu bilik ke satu bilik, jika anda bertuah, anda berpeluang menonton wayang free.
5. casino pun ada. tetapi jarang sekali ada.

kenapa tunggu lagi? jom ke POLIMU!






betapa gembiranya pelajar kami....

p/s: kepada sesiapa mengenali pelajar dalam gambar tersebut. tolong rahsiakan. hahahaha

p/s lagi: kepada poli mukah.. ini tidak bemaksud untuk burukkan nama institusi. hanya tunjuk gelagat kami warga poli.

Sep 10, 2010

KEHIDUPAN

Hidup ini untuk siapa?
Aku? kau? atau dia?

kau berpakaian kemas.....
sebab tak nak orang lain kutuk, caci, hina...

kau berpakaian gaya orang 'cool'
sebab kau nak orang lain rasa kau ni cool walau hakikatnya tidak.

kau belajar...
sebab tak nak orang lain cakap kita bodoh.

kau escape class..
sebab nak orang lain ambil perhatian dan cakap kau ni gangster la kononnya.

kau nak ada handphone dan laptop.
sebab semua kawan dan orang lain pun ada...

kau nak ada friendster facebook, twitter dan sebagainya....
sebab kau tak nak orang lain cakap kau ketinggalan zaman...

kau curang...
sebab kau nak orang lain rasa diri kau hebat sebab dapat mainkan perasaan orang..

INGAT! Hampir semua apa yang kita buat adalah untuk orang lain.

post kali ni cuma nak ingat-ingatkan orang luar sana yang tak sedar-sedar bahawa kehidupan
bukan hak mutlak dirinya.

contoh orang-orang yang tak sedar-sedar adalah seperti rasa hebat, rasa cool, rasa hot, rasa cute, rasa bergaya. (and jujur, post kali ni memang saya tujukan kepada orang2 rasa cool yang saya kenal)
Jangan la rasa diri cukup hebat kerana di luar sana, orang lain la juri-juri anda... sesungguhnya orang lain lebih bergaya dan hebat dari anda, kerana mereka yang menilai baik buruk sikap anda.

Akhir kata dari saya:
boh eksen eh!



Aug 14, 2010

NEW BORN

MUKAH, Sabtu, 14/18/2010- "Newborn" adalah nama sebuah kugiran tempatan yang di ketuai oleh Rodulfson Dublin A.K.A Chen (drum), dan di anggotai oleh Shearizan A.K.A Panjang @Ijan (Bass), Maxwell A.K.A max (lead guitar), Francis A.K.A Angelo( ehem.. vocalist) wellington A.K.A will ( singer kot.. kdg2 main gitar.. kdg2 main bass..err.. entahla..), Aaron(2nd guitar seperti yang tertera di kad) dan Ezra andyson ( keyboard.. seperti yang tertera di kad kumpulan juga).

secara officialnya, pada hari ini(14/08/10), Band tersebut dirasmikan under D'SAGO JAMM STUDIO dengan mengambil gambar kumpulan secara percuma oleh tokey studio tersebut. Ahli RASMI band NEWBORN adalah seperti berikut;

  1. Rodulfson Dublin (drum)
  2. Francis Angelo (vocal)
  3. Maxwell (lead guitar)
  4. Wellington (vocal,2nd guitar, bass, suma nya mok.. ku xtauk pa position ko)
  5. Shearizan (bass)


NEWBORN

Tarikh Ditubuhkan: July 2010
Genre: -
Pengaruh: Mus MAY, avenged sevenfold, lady gaga,
greenday, muse, the used.


walau kita x sepalak, kita try2 la semai2kan Chemistry antara kita.. kehkehkeh

Jul 16, 2010

I'm FRANCIS ANGELO

HARI PERTAMA KULIAH

Masuk ke kelas membawa sebuah buku dan sebatang pen
melihat wajah-wajah baru yang tak pernah kutemui
Senyum dan bersalaman pembuka bicara
Untuk mendapatkan teman yang baru.
TIBA-TIBA...
ternampak seorang gadis melayu melihat ku.
aku berpura tidak tahu.
Terus ku membuat kerja ku.

Terus ke kelas seterusnya
masih diriku diperhati dengan teliti
aku menjadi buntu
aku menjadi kaku

Hati kecilku terus bertanya
kenapa diriku dilihat begitu?
adakah kerna ada kotoran diwajahku?
adakah kerna kami pernah berjumpa?
atau adakah kerna dirinya suka padaku?

setelah selesai kelas tersebut
aku terus bergerak ke kantin
tanpa ku sedari
gadis melayu tersebut ada dibelakangku
terdengar halus suaranya berkata "betul lah"
aku melihatnya penuh dengan tanda tanya
tanpa ku bertanya, aku terus berjalan semula
sekali lagi suara halus nya berkata.
"betul lah macam chef wan"
terus ku menoleh padanya dan terus ketawa.

ku ingatkan apa
rupanya diriku diperhati
kerna ada iras Chef Wan

sejak itu, dia memanggil ku chef wan.

SOALAN UNTUK PEMBACA
"Adakah benar wajah Chef Wan Seperti Wajahku?"
| I'M FRANCIS ANGELO. NOT CHEF WAN |


May 19, 2010

TIPS menjadi EX yang bergaya.



Kehidupan kita diibaratkan seperti RODA. Roda memang akan berputar.

Perkara biasa la perpisahan ni.. kenapa nak sedih, tak makan, tak mandi, hiris tangan guna pisau, menangis, hentak kepala di dinding dan macam2 lagi.

orang kata


Ah! Karut! Dongeng! Dusta! Tipu... mana boleh tipu diri sendiri.. setiap manusia dianugerahkan perasaan cinta.. cintailah selagi mampu untuk mencintai.

Tips menjadi Ex yang bergaya.
  • Bunga bukan sekuntum. lagi banyak di taman bunga. Yakinkan diri sendiri bahawa diri mu hensom & bergaya. Yakinkan diri bahawa anda HOT. kalau ex anda boleh jatuh pada anda, tidak mustahil perempuan lain boleh jatuh pada anda juga. So, sentiasa lah nampak bergaya tak kira di mana juga untuk mendapatkan keyakinan maksima.

  • Jangan sesekali nampak lembik depan ex. Maksud saya, "Honey, bie memang xdpt lupakan Ny. pls ny, giv me another chance..u my one and only one honey baby". Macam terdesak ja? so what? dia dah taknak, balik je la.. tak perlu la nak tunjuk yang anda akan mati tanpa diri nya. perempuan pun rimas la tengok laki lembik. Win her heart dengan cara lain. tunjuk yang kita better than her NEXT.

  • Jadikan Ex anda sebagai kawan anda. Tutup buku lama, buka buku baru. tak dapat menjadi kekasih, jadi kawan pun ok gak. Kalau jadi geng, anda boleh berjenaka, bercerita secara lebih terbuka. Cuma jangan sesekali ungkit hal lama. Ianya akan membataskan perbualan anda.

  • Status Facebook anda haruslah menunjukkan diri anda Seorang yang MACHO & COOL. Ni Kakak saya yang ajar. saya tak tau.. tanya dia sendiri.. ehkhekhek.


saya juga insan biasa. insan yang menangis apabila kehilangan sesuatu yang saya sayang.
setelah habis air mata, baru laa saya sedar menangis, merayu dan sebagainya tidak membantu.
sekarang saya rasa diri saya amat bergaya, so saya postkan tips2 ni.. hekhekhek.




May 18, 2010

SO WHAT?

i'm just 18 dan sepatutnya topic berkenaan dengan POLITIK tidak harus dijadikan sebagai salah satu post dalam blog saya.

Pilihan raya kecil P.212 sibu sarawak telah mencipta satu sejarah dimana, BN kalah di kubu kuat BN (sarawak) ditangan parti pembangkang DAP.

pada saat result keluar, banyak keluhan, rintihan dan kekesalan penyokong BN atas kekalahan BN, sehingga ada yang sanggup melontarkan hinaan terhadap parti DAP.

soalan saya, kenapa nak marah? kita mengamalkan sistem demokrasi. majoriti menang la.. tak kisah la menang tipis, menang tebal.. menang tetap menang.

err.. gambar saya curi di FB.. sori ya.. jangan saman..kamu mmg hensome@ cantik..sya hanya nak post blog.

JANGAN TIPU LAH. itu kata2 orang yang tidak menyokong DAP.

eh, macam mana lu orang tahu ini rocket mau tipu? sudah tipu meh?
"Dont judge THEM by THEIR past, THEY not in the past anymore, Accept who THEY ARE TODAY"


bagi mereka peluang la..only then we know which party is better.. jangan la mau buat malu pemimpin sendiri.
nanti kalau ini rocket tak best, undi BN lorr... ada sarawak state general election lagi ma..




May 2, 2010

Dear KULA..

To: KULA

though you and i are not meant to be,
though you and i have our own way,
though you and i have spend short time together,
though we can never ever meet again.
But only one thing you should know,
that i will always care and love you just the way i love my girlfriend.

from: Angelo your MASTER.


kula adalah seekor KURA-KURA yang aku jumpa di phase 2 town square sibu.
saat aku jumpa kula, dia tengah merangkak di jalan raya. Untuk keselamatan, so aku bawa dia naik motosikal. then trus jadi haiwan peliharaan aku.
nama diberi sebab sara (anak buah penulis) pronounce kura sbg kula.

sebab berpisah: malas la aku nak cari kangkung untuk dia. So, aku lepaskan dia di tapak semaian kangkung semula jadi iaitu terletak di longkang belakang padang penjara sibu.

KULA, i want you to know that, you are my best pet i ever had.



How lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard