Jun 26, 2011

KEDEKUT: sifat baik atau jahat?

Aku MEMANG KEDEKUT!
omputeh panggil stingy~
satu pengakuan yang berani dibuat untuk tatapan semua pembaca.

Aku gik konpius dengan sifat kedekut.

Semua lapisan masyarakat bersetuju sifat kedekut adalah amalan yang tidak mulia.
tetapi saya tidak menyokong 100% statement tersebut kerana:

  • kerana kedekut, aku dapat lulus ujian komputer + ujian JPJ.
kedekut punya pasal, aku belajar rajin2 supaya taknak gagal. kalau gagal terpaksa keluar duit untuk repeat test. Aku menjadi rajin kerana kedekut.

  • kerana kedekut aku amalkan gaya hidup sihat.
kedekut punya pasal, aku jarang makan kat KFC, McD dan yang sewaktu dengannya. malah aku akan makan apa yang ada. Asal tidak lapar. Aku jadi insan yang bersederhana kerana kedekut.

  • Kerana kedekut aku suka berjimat cermat.
kedekut punya pasal, nak keluarkan duit untuk kegunaan sendiri pun aku tak snggup selagi ianya tidak penting bagiku. Aku jadi seorang yang berjimat cermat kerana kedekut.

  • kerana kedekut aku tak jahat.
kedekut punya pasal, aku tak merokok....aku tak main dadah..hisap gam.... aku lebih suka hidu duit berbanding gam. Aku menjadi seorang yang baik kerana kedekut.

tidak semua sifat jahat itu jahat. tidak semua yang baik itu baik.


amalkan kedekut untuk kejayaan anda....ngahahahhahaha