Sep 23, 2010

5 SEBAB kenapa anda harus memilih politeknik mukah sebagai institusi pengajian anda

Sebuah institusi pengajian tinggi haruslah mempunyai persekitaran yang menarik dan mempunyai fasiliti yang cukup lengkap. Politeknik Mukah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pusat rekreasi yang menarik. Anda tentu akan terhibur apabila berada di POLIMU.

TIDAK CUKUP DENGAN ITU??

politeknik mukah juga menawarkan;

1. CS open anjuran pelajar sendiri di setiap blok asrama untuk pelajar hilangkan rasa bosan.
2. DOtA lai juga ada.
3. Pub juga ada di bilik-bilik tertentu yang mempunyai speaker yang cukup kuat.
4. Wayang terbuka. jika anda pergi dari satu bilik ke satu bilik, jika anda bertuah, anda berpeluang menonton wayang free.
5. casino pun ada. tetapi jarang sekali ada.

kenapa tunggu lagi? jom ke POLIMU!






betapa gembiranya pelajar kami....

p/s: kepada sesiapa mengenali pelajar dalam gambar tersebut. tolong rahsiakan. hahahaha

p/s lagi: kepada poli mukah.. ini tidak bemaksud untuk burukkan nama institusi. hanya tunjuk gelagat kami warga poli.

Sep 10, 2010

KEHIDUPAN

Hidup ini untuk siapa?
Aku? kau? atau dia?

kau berpakaian kemas.....
sebab tak nak orang lain kutuk, caci, hina...

kau berpakaian gaya orang 'cool'
sebab kau nak orang lain rasa kau ni cool walau hakikatnya tidak.

kau belajar...
sebab tak nak orang lain cakap kita bodoh.

kau escape class..
sebab nak orang lain ambil perhatian dan cakap kau ni gangster la kononnya.

kau nak ada handphone dan laptop.
sebab semua kawan dan orang lain pun ada...

kau nak ada friendster facebook, twitter dan sebagainya....
sebab kau tak nak orang lain cakap kau ketinggalan zaman...

kau curang...
sebab kau nak orang lain rasa diri kau hebat sebab dapat mainkan perasaan orang..

INGAT! Hampir semua apa yang kita buat adalah untuk orang lain.

post kali ni cuma nak ingat-ingatkan orang luar sana yang tak sedar-sedar bahawa kehidupan
bukan hak mutlak dirinya.

contoh orang-orang yang tak sedar-sedar adalah seperti rasa hebat, rasa cool, rasa hot, rasa cute, rasa bergaya. (and jujur, post kali ni memang saya tujukan kepada orang2 rasa cool yang saya kenal)
Jangan la rasa diri cukup hebat kerana di luar sana, orang lain la juri-juri anda... sesungguhnya orang lain lebih bergaya dan hebat dari anda, kerana mereka yang menilai baik buruk sikap anda.

Akhir kata dari saya:
boh eksen eh!