May 9, 2011

Saya seorang promoter LSC.

aku ciplak blog ini.

"kerja promoter paling senang dalam dunia"(unknown,2011)

"kerja promoter promote jer"(unknown.2010)

saya seorang promoter sementara yang sah di Lea Sport Center(LSC) delta mall sibu.

to tell the truth, kerja promoter bukan sekadar mempromote.
kerja sampingan promoter lebih sakit dari sekadar mempromote.

first thing in the morning, check display list.
barangan jualan bukan lah sedikit seperti jumlah pelajar di sesebuah kelas.
secara tidak langsung, disini, kerja promoter lebih susah dari seorang guru yang mengira anak muridnya yang seramai 43 pelajar sahaja.
manakala promoter terpaksa mengira jumlah pakaian, beg, stokin dan sebagainya yang sebanyak ratusan unit.
TIAP HARI kecuali OFF DAY.

TUGAS KHAS. paling sakit kalau kena STORE KEEPER. barangan di store jauh lebih banyak daripada tugas seorang guru yang mungkin setebal satu fail.
kena kira stock,susun store.
sounds easy...tapi belum cuba belum tahu. Lea sport center ada pelbagai jenama pakaian,kasut. satu jenama ada pelbagai design pakaian/kasut. setiap design ada Colour dan saiz berbeza.

tak habis lagi, kalau ada customer kena layan dengan sopan santun.
kena dengan cina tak pandai cakap omputeh and melayu, masak la.. customer lari.

satu lagi faktor customer lari, masa mencari stock lama.
customer senang2 "dik, nak saiz S"
kami bertungkus lumus mencari pakaian tersebut di store. kerana Adidas bukan buat satu jenis baju sahaja. pelbagai rupa dan warna ada.

lagi2 kalau kna dengan customer yang cerewet, sekejap nak s, pastu m...pastu tak jadi. betapa penatnya berpeluh dalam store, senang2 cakap tak jadi.
tapi kami redha.

nasihat saya kepada para pembeli pada sale gawai akan datang, bersabarlah. store adalah satu kawasan yang sangat sempit dan dipenuhi dengan semua barang. so ambil masa untuk cari. dont EASY COME EASY GO kata bruno mars.

No comments:

Post a Comment