Mar 5, 2011

Wawancara bersama tauke kedai anting-anting mukah.

Aku telah terpilih mengikuti program T.O.T anjuran PRSP poli mukah dengan kerjasama AADK sibu.

Aku malas.
Tetapi aku tetap pergi.
sebab aku boring.

pelbagai aktiviti dibuat yang meransang minda. Antara yang paling menarik adalah aktiviti OUTREACH.

here's the story begin....

kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan dibahagikan kepada dua bahagian iatu A dan B.
saya kumpulan 3A.
so, nak pendekkan cerita, kami pergi bandar mukah untuk mewawancara masyarakat mukah untuk melihat sejauh mana kepekaan mereka tentang dadah.

jadi, saya jalan jalan lah.. pusing-pusing jumpa la satu kedai. aku tengok tauke tu macam boring sebab takda customers. jadi aku masuklah.....

Aku: afternoon sir!
tauke: yeah, afternoon.
Aku: ok, saya dari politeknik mukah, ingin bertanyakan beberapa soalan kepada encik berkenaan dengan dadah...
sebelum itu, encik tak busy kan?
tauke: oh..tidak-tidak..silakan...
Aku: ok,1st question, apakah maksud dadah..
tauke:dadah? em.... dadah itu... apa ooo?? em.. dadahlah...macam mana mau cakap ooo...dadah itu barang yang mahal...HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...
Aku: *terdiam sejenak dan memproses input*.......er, hehe...selain itu encik?
tauke: hehe...em..apa lagi oo..benda yang menghayalkan la...
aku: ok..ok.. next question....apa itu ganja, daun ketum, morphin dan syabu?
tauke: tidak tahu....tidak pernah main itu..hehehe...
Aku: ehhehhe...
*beberapa soalan telah ditanya dan tauke banyak ketawa*
Aku: ok, seterusnya, apakah kesan kepada seseorang yang mengamalkan dadah?
tauke:err...mereka jadi hayal la...menyakitkan diri sendiri..kadang-kadang bagus juga..mau release tension maa....hehehhe
*aku terus mengasak tauke tersebut dengan soalan dan rata2 dia tidak tahu..dan ketawa pada setiap soalan yang diajukan..last2...*
tauke:saya dadah memang tidak tau... tengok pun tidak pernah..tetapi minum selalu la..hahahahha..(ketawa lagi).
*aku gembira sebab semua soalan telah siap walaupun 30% aku yang tolong jawab*
aku: ok ok..thanks sir...
*salam dan cepat2 keluar*




rumusan yang dibuat... rata2 penduduk, masyarakat kita masih kabur tentang dadah.
post kali ini bukan sahaja untuk mengongsikan cerita saya mewawancara tauke yang asyik ketawa itu, tetapi juga mengingatkan anda tentang perlunya mengambil tahu tentang dadah supaya anda tidak nampak bodoh di depan pelajar seperti saya.


sekian...

No comments:

Post a Comment